Seni Silat | PM umum dana RM1 juta untuk Pesaka

2022-09-21 0

Kerajaan menyalurkan dana berjumlah RM1 juta kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan itu bagi menghargai sumbangan pesilat negara dalam mengembangkan seni silat di persada dunia.